Tuesday, 23 November 2021

REMAKE Story of Evil | Altro Mondo [MALAY]


Genre: Isekai, Drama, Low Fantasy, Romance and Royal.
Language: Bahasa Melayu.
Inspired by VOCALOID: Story of Evil and a Retelling of Vlad The Impaler.


The characters:
Maeve Isolde Remus- High Queen of Aureim Kingdom. Penjahat utama dalam Story of Evil.

Nicandrus Hadrian Remus- Maeve's most trusted right-handman. Watak utama Story of Evil yang akhir hayatnya menyedihkan.

Lucius Aurelius Caesar- The Crown Prince of Stelliar, Sun Prince. Kekasih hati Maeve tapi dia tak suka akan Maeve. Jatuh cinta dengan Puteri Lyssandra dari Dimileth.

Dominico Cassius Caesar- Adik lelaki Lucius. Duke of Stelliar, Dark Prince and The Lead Knight of Story. Dia juga yang mengheret Maeve ke gelanggang pemancungan.

Lyssandra Penelope Agrippa- Puteri kerajaan Dimileth. Lucius's main lover dan kekasih hati dalam diam Nicandrus yang akhirnya mati dalam tangan Nicandrus atas arahan Maeve kerana cemburu.




Prologo I:

"Buku apa ini?" tanya kau kepadaku, sambil membelek-belek buku tulis tebal yang aku berikan kepada kau. Perasaan ingin tahu terpapar jelas pada wajah kau.

"Story of Evil? Kisah Kejahatan?" kau menjongket satu kening kepadaku. Senyuman penuh misteri aku lempar kepada kau, membuatkan kau makin tertanya-tanya.

"Bacalah. Aku nak tahu kau punya pandangan terhadap hikayat drama fantasi romantik yang aku tulis ini." kata aku kepada kau. Kau kerut dahi dan menggaru-garu kepala kau yang tidak gatal.

"Tebal giler. Kau tulis guna tangan ke sebab aku tengok penuh dengan handwriting kau je." Aku angguk sekali menjawab soalan kau. Satu kening kau angkat sebelum kau tersengih kepada aku.

"Powerlah kau sebab sanggup tulis pepanjang macam ini dengan guna tangannya."

"Well, see my leglah! Kau cakap macam tak kenal aku daripada sekolah rendah lagi. Dah, balik nanti kau baca. Bila dah habis baca, kasi tahu aku sama bagus ke tidak hikayat yang aku tulis itu." pesan aku kepada kau. Kau angguk kepala sebelum membuat isyarat tangan tiada masalah kepada aku.

"Okaylah, aku nak balik dululah. Nanti aku dah habis baca, aku roger kau."

Dan kau berlalu pergi meninggalkan aku. Tidak sabar aku mahu tahu pendapat kau tentang hikayat yang aku tulis itu.






Pada suatu zaman dahulu, ada sebuah kerajaan yang diperbuat daripada emas dan perak bernama Aureim.

Pemerintahnya adalah seorang permaisuri remaja yang teramatlah kejam dan tidak berperikemanusiaan. Hukuman sula dan pancung adalah kegemarannya untuk dijatuhkan kepada yang bersalah dan tidak bersalah. Dan tiada satu pun yang berani untuk memberontak terhadap si permaisuri itu.

Jikalau si permaisuri mahukan sesuatu pasti dia akan menyuruh kembarnya untuk membuat kerja kotornya, walaupun baginda tahu perintahnya hanya akan melukakan hati kembarnya, seperti menitahkan kepadanya untuk membunuh Puteri Lyssandra dari Kerajaan Dimileth yang merupakan kekasih hati tunangnya Putera Mahkota Lucius dari Stelliar dan kembarnya.


Kemuncak; 

Putera Mahkota Lucius dan kesaterianya, Dominico bersama-sama rakyat Aureim berpakat  mengepung Istana Aerium untuk menangkap si permaisuri dan menjatuhkan hukuman pancung. Akhirnya, tamatlah sudah era pemerintahan kejam si permaisuri itu.






Prologo II:

The last page of Story of Evil-

"Permaisuri Maeve Isolde Remus! Tuanku telah dijatuhkan hukuman pancung kerana melakukan jenayah besar-besaran dengan membunuh seluruh penduduk kerajaan Celeshtra, dan juga menjadi dalang disebalik pembunuhan Puteri Lyssandra dari Kerajaan Dimileth! Do you have any last wish or a few words to say?"

Si permaisuri menghalakan pandangannya ke langit. Lama. Sebuah senyuman terukir pada wajah cantiknya yang sudah kotor, sebelum dia memalingkan pandangan matanya ke arah kesateria yang membacakan kesalahannya tadi.

"Tell me, would it be a regret when all those things I've attempted was only to satisfied myself, Dominico?" Katanya kepada Dominico, kesateria itu.

Dominico mengetap gerahamnya sebelum satu hilai tawa kecil terletus daripada bibirnya.

"Nampaknya tuanku memang tak akan pernah berubah sampai mati." Dan dia berlalu meninggalkan permaisuri itu ke arah tali lepasan pancung ada.

Dari kejauhan, kelihatan seseorang yang tertutup dengan jubah labuh sedang memandang Maeve. Dia menggigit bawah bibirnya, dan memegang erat jubahnya. Jeritan orang ramai, lebih tepat, rakyat yang sakit hati akan Maeve tidak dihiraukan.

Dia lantas cuba mendekatkan diri sedekat mungkin dengan Maeve. Pandangan mereka bertemu dan Maeve tersenyum kepadanya. Dia kembalikan senyuman kepada Maeve.

Kedengaran Dominico mula membaca taklimat untuk memulakan sesi memenggal kepala Maeve, dan si dia mula bergenang air mata pada kelopak matanya.

"Hei, janganlah menangis. Don't cry, baby." Pujuk Maeve tapi si dia lebih tahu yang Maeve juga cuba sedaya upaya menahan air matanya daripada tertumpah.

"Aku... aku selalu sayang kau. Aku sayang kau dan tak pernah sekalipun aku bencikan kau." Kata Maeve kepadanya. Si dia hanya terdiam.

Dia dapat lihat yang Dominico sudah mula memegang tali yang akan menjatuhkan pisau pancung itu. Dan... tarik.

"Pancung!" Jerit Dominico.

"Jangan lupakan aku." Bisik Maeve bersama air mata berjujuran dan senyuman ikhlas pada wajahnya.

Dan splush! Darah Maeve terpecik pada jubah lusuhnya. Dia tergamam. Bibir dan badannya mula bergetar maha dahsyat. Badannya kaku beberapa saat sebelum dia memalingkan badannya dan berlari laju bersama air mata yang berlinang lebat.

Si dia memegang erat jubah lusuhnya dan berlari tanpa henti. Bibir bawah diketap hingga berdarah.

Tempat Maeve itu, sepatutnya dia yang berada sebab...

Dialah Permaisuri Maeve Isolde Remus yang sebenar dan yang dipancung tadi adalah kembar lelakinya yang sanggup menyamar sebagainya, Nicandrus.

"Jangan lupakan aku." Tiga perkataan itu terus-terusan berlegar dalam benak mindanya.

Tanpa dia sedar, dia terlanggar batu mengakibatkannya terjelopok jatuh ke tanah. Tapi rasa sakit akibat jatuh langsung tidak dipedulikan. Yang dia tahu hanyalah, rasa sakit akibat belahan jiwanya, Nicandrus sudah mati.

Dan ini semua...

Ini semua kerana semua kebodohan dan kekejamannya.

Dia jahat, dia kejam, dia tak berperikemanusiaan. Kalaulah dia tahu pengakhiran kisahnya adalah kematian belahan jiwanya, pastinya dia tak akan jadi seorang permaisuri yang jahat.

Kalaulah masa dapat diulang semula.

Tapi masa memang tidak dapat diulang. Dia selamanya akan dikenali sebagai seorang permaisuri muda yang kejam dan tidak berperikemanusiaan di dalam buku dongeng.

If I can repeat this life, I'd definitely become someone who is not terrible like my recent life. For you, Nicandrus. -Maeve Remus, 10 Februarius XXXX.






Prologo III:

Aku terbangun daripada tidurku dengan hidangan suasana yang pelik. Kenapa dinding biru pastel aku berwarna emas putih dan tampak mewah? Ini bukan bilik aku.

Mata aku gosok sebelum menukar posisi baring ke posisi duduk atas katil. Dapat aku lihat satu cermin meja solek yang cantik dan besar. Sah! Ini bukan bilik aku! Mata aku kalihkan pula menghadap sekeliling sebelum aku tersedar yang gulungan rambut di telingaku bukan berwarna hitam.

Ah sudah...

Lantas, aku bangun dari katil dan berlari ke arah cermin meja solek besar yang ada di hujung bilik ini.

Dan-dan aku ternganga!

Siapakah... perempuan cantik yang ada di dalam cermin itu?! Itu bukan aku!

Aku memegang wajahku.

This is such a beautiful face! And my real face is not this beautiful! Ke mana menghilangnya rambut hitam pendek paras bahuku? Kenapa berganti dengan warna perang terang bersama satu helaian warna kelabu (poliosis)? Mana perginya sepasang mata coklatku? Aku mana pernah ada sepasang mata warna biru! And God! My lips is so plumpy and natural red! This is not my face!

Oh my God! This is... crazy! I must be dreaming! Badan aku mula bergetar. Bukan sebab takut, tapi... ha memang takutlah! Takut sebab ini bukan badan aku! Aku pasti tengah bermimpi.

Senyuman kelat aku hadiahkan untuk diri sendiri. Okay, aku kena bertenang. Mata aku pejam. Aku tahu nak buat apa sekarang.

Tangan kanan aku angkat tinggi dan...

Pap! Sakitnya pipi aku! Kata orang, kalau sakit masa tampar diri itu, maksudnya memang tak bermimpilah kan?

Which mean, this is definitely not a dream. Aku menjauhi meja solek dan terjelopok jatuh ke atas lantai marmar.

Rasa nak menangis! Weh! Ini bukan mimpi! Ini bukan mimpi! Ya Tuhan, aku nak menangis! Tiba-tiba, aku rindu dan mula rasa appreciate dengan penampilan fizikal sebenarku yang tak berapa lawa itu. Aku peluk lutut dan mula menangis ketakutan. Takut sebab ini bukan diri sebenarku, siapa sebenarnya aku dan bagaimana jiwa aku boleh duduk dalam badan ini?

Tiba-tiba, aku terdengar ketukan pada pintu bilik tidur yang berada di hujung kiriku. Sheesh, how spacious is this room?!

Dan pintu bilik pun terbuka. Kelihatan seorang lelaki tampan masuk ke dalam bilikku. Apabila melihat keadaan aku begini, wajahnya yang tadi sedikit santai mula kelihatan risau dan dia terus memecut ke arah aku.

"La donna, stai bene (My queen, are you okay)? Are you hurt?" Soalnya menggunakan bahasa asing. Yang peliknya aku faham. Sah! Memang aku ini bukan diri aku yang sebenar!

Aku hanya menatapnya. Jelas kerisauan pada wajah tampannya. Dan baru aku sedar, yang wajahnya seiras dengan wajah aku (maksud aku, wajah aku yang bukan sebenar ini). Is he my twin or what?

Melihat aku tidak menjawab soalannya, riak wajahnya bertambah risau. Baru aku tersedar yang aku belum menjawab soalannya.

Aku angguk kepala dan membalas soalannya, "Sto bene, grazie (I'm okay, thank you)."

Dan baru aku sedar yang aku membalas dengan bahasa asing. Serius, aku tak pernah belajar bahasa ini tapi aku boleh faham dan bercakap dengan lancar dalam bahasa ini.

Keluhan terlepas daripada bibirku, membuat lelaki yang iras, kembarku, itu menjongketkan keningnya.

Aku tatap wajahnya lama sebelum...

"Boleh tak beritahu siapa sebenarnya saya dan kenapa wajah awak iras dengan saya? I might lost my memory." Dan dapat aku lihat riak wajahnya berubah terkejut apabila aku kata begitu.

Jeda antara kami. Dia menatap aku lama sebelum mengemam bibirnya.

"Tuanku, tuanku adalah Maeve Isolde Remus. High Queen of Aureim Kingdom, the kingdom of Gold and Silver. Dan patik adalah Nicandrus Hadrian Remus, your right handman and your twin-brother." Habis sahaja penjelasan ringkasnya, aku rasa nak pengsan!

Did he just mentioned Maeve Isolde Remus, Nicandrus Hadrian Remus? Are not they are from the fantasy book I did finished reading last night?! And I'm the villain? Oh God, I want to die!


Bab 1:

"Tuanku adalah Maeve Isolde Remus. High Queen of Aureim Kingdom, the kingdom of Gold and Silver.

Aku mengeluh lemah apabila memikirkan apa yang dikatakan oleh Nicandrus tadi. Kepala yang berdenyut-denyut, aku picit. Macam manalah aku tak sakit kepala kalau jiwa aku tiba-tiba dicampak ke dunia buku fantasi yang aku baru habis baca?

Oh ya, aku ini adalah kamu yang sedang baca ini dan seorang aku ini tengah kebingungan yang amat. Sah, ini semua salah Feyssa! Mesti dia ada letak sumpahan entah pape dalam buku fantasi yang dia berikan kepada aku untuk habiskan itu. Tak guna kau, Fey!

Dari hujung mata, boleh aku lihat Nicandrus yang sedang elok berdiri di sebelahku. Dia hanya diam selepas aku terjerit kecil sebab terkejut. Sekali lagi, satu keluhan lemah terkeluar daripada seulas bibirku.

Kepala aku kalihkan menghadap Nicandrus dan memintanya segelas air putih, agar aku dapat rasa sedikit tenang. Bila habis sahaja air putih di dalam gelas itu, aku mengucapkan terima kasih kepada Nicandrus.

"My queen, do you want anything else?" Tanyanya kepadaku dengan nada yang prihatin.

Bila dia buka mulut dia sekali lagilah baru aku perasan yang dia panggil aku dengan panggilan my queen dan tuanku. Baru aku teringat yang Nicandrus memang panggil Maeve dengan gelaran dan bukannya dengan nama seperti adik-beradik yang lain.

Aku tahu kenapa. Ini disebabkan mereka dah terpisah daripada kecil. Maeve dibesarkan di istana sebagai seorang permaisuri, manakala Nicandrus pula dipaksa berlatih sebagai seorang kesateria semenjak kecil. Dan disebabkan pemisahan sepasang kembar inilah, Maeve menjadi seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Banyak kejahatan yang dilakukan oleh Maeve. Kembarnya sendiri pun, dilayan bagaikan hamba dan bukannya sebagai seorang adik kembar. Tetapi, itu langsung tidak menyinggung perasaan Nicandrus. Kasih sayang dia terhadap kakak kembarnya itu lebih besar berbanding kasih sayangnya terhadap diri sendiri.

"My queen?" Aku tersedar apabila suara Nicandrus kembali kedengaran pada halwa telingaku.

"Ya, Nicandrus? Boleh awak ulang soalan awak?" Pintaku. Yelah, manalah aku sedar dia tanya apa tadi. Dah sibuk mengimbas apa yang aku ingat tentang dua beradik ini.

"Tuanku mahu apa-apa lagi?" Dia mengulang soalannya. Oh...

Kepala aku geleng bersama tangan yang aku hayunkan. Menandakan yang aku tak nak apa-apa lagi untuk dibantu.

"Baiklah. Kalau begitu, patik undur di-" tak sempat dia habiskan ayatnya, aku memotong percakapannya.

"Can you drop the formality? Just call me by my name just like I call you by your name. We are siblings after all."

Dia terkejut mendengar permintaan aku. Aku hanya tayangkan muka serius kepadanya. Yang bermaksud, 'Ya, Nicandrus, aku tak bergurau'.

Nicandrus seperti teragak-agak. Tangan kekarnya aku capai dan memegangnya dengan kedua-dua belah telapak tanganku. Mata hijau emerald yang serupa dengan milik aku, aku pandang dengan pandangan puppy eyes.

"Per favore? (please?). Tapi hanya drop the formality bila kita hanya berdua sahaja." Aku makin besarkan puppy eyes aku kepadanya.

Dia meneguk air liur dan menarik nafas sebelum hembus. Matanya dipejam sekejap. Apabila dia buka kembali sepasang matanya itu, dapat aku lihat sebuah kerinduan yang mendalam pada sepasang mata emerald yang cantik itu.

Nicandrus tersenyum kepadaku dan angguk sekali.

"Baiklah. Patik, maksud saya-"

"Guna 'aku', bukan 'saya'." Potongku, membuatkan Nicandrus makin gugup. Aku simpan senyum. Comel pula Si Nicandrus ini bila dia tengah gugup!

"Yes, a... aku cuba. Untuk kau, Maeve." Dia menyudahkan ayatnya. Terus tersenyum aku dibuatnya. Bukan main lagi terkebil-kebil bila suruh drop the formality! Seems like I have a new hobby. Teasing Nicandrus Hadrian Remus hehe!

"Oh ya, Nicandrus. Boleh tak kau terangkan kepada aku tentang kerajaan-kerajaan ini semua? Aku rasa memang aku dah hilang ingatan sedikitlah."

Dia angguk. Wajahnya jelas terpapar rasa kasihan kepadaku. Kalaulah dia tahu yang sebenarnya aku tahu sahaja tentang kerajaan-kerajaan tetangga Aureim melalui buku fantasi yang aku baca itu. Tapi tak mengapalah. Aku dah tak ada idea nak cakap apa dengan dia, jadi tanya jelah pasal kerajaan.

"Sebelum itu, tuanku, maksud aku, kau memang tak ingat apa-apakah?" Aku angguk menjawab persoalannya sebelum membuka mulut.

"Tapi... ada jugalah yang aku ingat sikit-sikit." Thanks to the book!

Nicandrus terangguk-angguk mendengar jawapanku. Dia letakkan satu jarinya dibawah dagunya, sambil pandang tepat ke arahku.

"Seems like you are having dissociative amnesia." Ujarnya kepadaku. Berkerut dahi aku mendengarnya. Dah apa benda pula itu? Amnesia aku tahulah. Dissociative tu apa benda?

Melihat muka aku yang minta dijelaskan, Nicandrus menyambung kata-katanya. "You don't really remember the important information about your life, but the only thing you remember is me and you."

Aku hanya melompongkan mulutku. Kalaulah dia tahu, Maeve sebenar tak amnesia pun, cuma tertukar jiwa, mesti pengsan!

"Macam mana semua ini boleh berlaku?" Dah dia kata aku ada dissociative amnesia, let's play along then.

"Mungkin sebab kau jatuh ke sungai dan hampir lemas pada minggu yang lalu? Oh ya, bukan itu sahaja, malah kepala kau pun terhantuk kuat. Perhaps, because of those things, you can't remember some important information about your life."

Lah, Maeve ini jatuh sungai ke? Tak ada pula aku baca dekat mana-mana bahagian buku fantasi itu yang mengatakan si permaisuri berdarah beku ini terjatuh ke dalam sungai dan terhantuk pada batu.

Kenapa jalan ceritanya lain pula daripada yang dalam buku? Kedengaran suara Nicandrus menyambung kata-katanya.

"Tak apalah! Kau masih ada aku. Aku boleh tolong kau ingat semua benda yang penting dalam hidup kau. Let's start now, should we, My Lady?"

Dan aku hanya angguk.




Second Life-
Page IV of Maeve of Aureim's Diary,
We found a short letter from the High Queen of Aureim herself to someone, who we believed as a girl named Feyssa with using a strange language we never heard of. The message was,_

"Fey! Ini semua salah kau! Bila aku dah kembali ke sana, siap kau aku cekik-cekik!"

When we decyphered it to English and Italian, the message sounds,

"Fey! This is all your fault! Once I get back there again, I'll definitely strangle you!"

Some historians believed the girl named Feyssa was one of the high queen's companion, and some historians also believed Feyssa was the high queen's lover.





Aku ingatlah bila Nicandrus kata dia nak bantu aku 'ingat', dia akan cerita kisah hidup kami. Tapi tidak. Apa yang dia cakap hanyalah tentang kerajaan-kerajaan yang berjiran dengan Auriem, politik dan sebagainya.

"Kalau kerajaan barat, Auriem terkenal sebagai kerajaan emas dan perak, dan kerajaan kitalah yang terkaya sekali. Manakala, Kerajaan Celeshtra yang terletak disebelah timur pula terkenal sebagai kerajaan kristal dan magik. Ini kerana, magik mereka lebih hebat dan berpangkat tinggi berbanding magik kerajaan lain. They are the most powerful and knowledgeable when it comes to magic knowledge. You want to see some elements magic? Potions magic? Nature magic? Just ask them to show to you.

Dimileth, kerajaan yang berada di sebelah selatan pula adalah kerajaan yang amat terkenal dengan ilmu pengetahuan dan seni. Sebab itu ramai bangsawan dan kerabat-kerabat diraja hantar anak-anak mereka ke universiti di Dimileth. Kau sendiri di hantar untuk belajar di salah satu universiti berprestij Dimileth.

Next, we have Elvysian, the kingdom of faeries and elves. Yang istimewanya kerajaan Elvysian ini, mereka ada dua jenis court yang mentadbir. The Seelie Court and The Unseelie Court. The Seelie Court adalah untuk faeries, while The Unseelie Court are for the elves. You know how mischief the elves are."

Aku hanya anggukkan kepala mendengar penjelasan Nicandrus yang hanya satu perdua. Sebab aku tahu, ada lagi satu kerajaan yang paling besar, gah dan paling berkuasa selain empat kerajaan ini.

"The last and the most powerful one. The Stelliar Kingdom, the Kingdom of Sun and Moon. You know... once upon a history, Stelliar were like Elvysian. Had two courts but they became one after the marriage of The Sun Lady and The Moon Prince who love each other after their ancestors' sworn to hating each other. Because of them, the kingdom became one dan hidup dengan makmur. Kerajaan Stelliar ini dikatakan sebagai Kerajaan Utama kerana mereka yang mentadbir Matahari dan Bulan, tanpa mereka, matahari dan bulan takkan bergerak which I don't believe it since only God can rule everything including the sun and the moon."

Nicandrus menjelir lidah tidak puas hati dengan kepercayaan orang ramai tentang kerajaan Stelliar. Aku hanya bersetuju dengan Nicandrus. Yelah, kawal matahari dan bulan dan seluruh alam itu kerja Tuhan, bukan manusia.

Tiba-tiba, aku teringat sesuatu apabila Nicandrus ceritakan kepada aku tentang kerajaan Stelliar.

"Bukan ke tunang aku berasal daripada kerajaan Stelliar, Nicandrus?" Maksud aku, tunang Maeve yang sebenar.

Nicandrus terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan. Dia kulum senyum.

"Yes, of course. Seems like you remember your own betrothed, Crown Prince Lucius of The Sun." Nicandrus hadiahkan senyuman simpati kepadaku. Dia tahu betapa bencinya Lucius terhadap aku (Maeve).

"Mesti kau nak jumpa dia, kan?" Aku hanya menelan air liur. Kepala aku geleng.

"Maybe next time. Sekarang ini aku nak luangkan masa dengan kau." Sebab dalam pengakhiran buku ini, kau akan mati, Nicandrus dan semuanya berpunca disebabkan aku.

Nicandrus tersenyum. "Your command is my wish, My Lady." Belakang tanganku dicapai dan dibawa ke bibirnya. Satu kucupan hangat terasa pada belakang tanganku.

Aku sorok senyum. Patut sahajalah, pengakhiran cerita ini, Maeve menyesal tak sudah kerana biarkan Nicandrus dipenggal.

Kalau macam inilah baik dan sayangnya dia pada Maeve, aku kena cari cara untuk twistkan jalan cerita ini supaya Nicandrus tak mati dan mereka hidup happily ever after.

My sweet Nicandrus,
I'll find a way to save you.
To save both of us, unlike our first life.
I promise you.

-Maeve I.R of Aureim.


Rambut panjang perang mudaku disisir dengan lembut oleh Nicandrus. Pegangan tangannya tersangatlah lembut mengalahkan perempuan untuk sepasang tangan kekar.

"What braid hairstyle do you want, My Lady? Half up and half down or else?" tanyanya kepadaku, berhenti sekejap menyisir rambutku.

Aku senyum. Aku dah tahu gaya apa yang aku mahu dia lakukan pada rambut panjangku ini. "Half fishtail and twist braid, hehe." dan dia terus menggayakan rambutku dengan gaya yang aku pinta kepadanya.

Habis sahaja dia menggayakan rambutku, aku menilik-nilik gaya rambutku. Terus tersenyum aku apabila aku lihat betapa cantiknya gaya rambutku yang digayakan oleh Nicandrus. Lama aku menatap muka aku, muka Maeve, pada cermin. I can't believe Maeve, the villain of this story are this pretty. Yelah, Nicandrus je tampan nak mati. 

Nicandrus berdehem sekali, menarik perhatianku. Terus aku memalingkan pandangan mataku ke arahnya. Aku menjongketkan keningku padanya. Kenapa?

"Kau... berpuas hati dengan gaya rambut yang aku gayakan? Kalau tak, aku boleh gayakan dengan gaya yang lain." katanya sambil mengusap belakangnya berkali-kali, pandangannya terhala ke lantai. 

Makin lebar senyumanku. Aku menarik vest hitamnya, menyuruhnya mendekat. Senyuman lebar aku hadiahkan kepadanya dan angguk menjawab soalannya, "Semestinya. Cantik sangat. Terima kasih." Dapat aku lihat wajahnya merah padma dan menundukkan kepalanya sedikit kepadaku bersama sebelah tangan pada abdomennya dan sebelah lagi di belakangnya.

"I'm glad you love it, mia bella (my beautiful)." Jelas nada bersyukur dan gembira kedengaran pada suaranya. Dia tersenyum gembira, membuatkan satu lesung pipit kelihatan pada pipinya. Kelihatan perasaan kasih sayang pada sepasang mata hijau emeraldnya itu.

Aku tergamam. God, he's so innocent! Baru sahaja aku nak buka mulut, pintu bilik tidurku diketuk daripada luar.

Seorang pembantu istana masuk ke dalam dan memberikan aku satu curtsy. Kedua-dua belah tangannya yang diletakkan di hadapannya digenggam erat. Matanya tidak bertemu dengan mataku, boleh aku lihat ada getaran takut pada sepasang matanya.

Aku tahu kenapa. This is because everyone are scared of their own High Queen since she's so cruel and wicked, who only know how to punish and behead people. Dalam diam, aku ketap gigi. I need to change their thoughts of me.

"Maaf menganggu, tuanku. Tetapi tuanku ada seorang tetamu yang ingin bertemu dengan tuanku." Beritahunya kepadaku.

Terjongket kening sebelahku, pandangan aku halakan sekilas kepada Nicandrus sebelum memandang semula pembantu istana itu.

"Siapa?" Tanyaku.

"His Majesty King Amias Euripedes ."

Dan-dan, aku rasa nak jatuh! Amias Euripedes?! Terus aku pandang Nicandrus. Riak wajahku bertukar sebal.

"Nicandrus, kenapa kau tidak maklumkan hal ini kepada beta?" Aku bertanya kepadanya.

Dia menunduk hormat kepadaku, wajahnya pucat. "My apologize, Mia Signora (My Lady), but I am too, did not aware of this news of His Majesty Lord King Amias of Elyvsian demands to have a meeting with you. I think, it's a surprise meeting, if not, I'll absolutely will arrange your two meeting if he did inform me before. Do you want me to tell His Majesty to come back later or—"

"Tak perlu. Beta akan pergi berjumpa dengannya sekarang." Aku segera bangun daripada tempat dudukku.

Perasaan gundah-gulana mula berdentum dalam hati tapi aku cuba buat bodoh. Bukan apa, tetapi yang aku akan bersua muka tak lama lagi ialah tak lain tak bukan Lord King Amias Euripedes, the faerie lord yang amat terkenal dengan kelicikkannya. Walaupun wataknya tidak dikenalkan di muka surat hadapan Story of Evil, tetapi wataknya ada muncul dan setiap kali muncul, mesti kelicikkannya buatkan aku terkelu.

Aku jeling Nicandrus seketika, dan aku lihat dia hanya menunduk mengikutiku daripada belakang.

Sekejap.

Aku... tak tahu jalan mana yang patut aku lalui. Rasa nak tepuk dahi je sekarang ini.

Bagai mengetahui yang aku tak tahu jalan mana patut aku lalui, Nicandrus terus berjalan di sampingku, lebih depan sedikit untuk memimpin jalan ke ruang tamu.

Dia menjeling aku, untuk melihat aku dan aku hanya balas dengan senyumanku yang membawa maksud terima kasih. Nicandrus hanya angguk kepalanya.

Sambil berjalan ke ruang tamu, aku melihat sekeliling dalaman istana ini. Apa yang boleh aku cakap, hiasan dalaman istana ini terlampaulah mewah. Dengan dinding dan tiang yang diperbuat oleh emas dan perak berdekorasi Victorian. Even the red carpet embroidered with gold!

Oh, damn! How rich is this kingdom until they can decorate everything with gold and silver? Termelongo sendiri aku melihatnya.

Langsung aku tak sedar yang kami sudah pun berada di ruang tamu. Nasib Nicandrus menegurku.

Sekarang, boleh aku lihat seorang lelaki tampan aman yang berambut hitam gelap, matanya juga berwarna sama dan wajahnya beriak serius. Aku terpaku melihatnya yang sedang berdiri tiga meter daripadaku. Dia ditemani seseorang. Pengiringnya mungkin.

"Saluti a Vostra Maestà, Alta Regina Maeve Remus di Aerium (Greetings to Your Majesty, High Queen Maeve Remus of Aerium)." Dia menunduk hormat kepadaku. Matanya tidak melihatku. Kemungkinan sebab dia tidak menyukai aku.

Aku hanya mengangguk kepalaku sekali ke arahnya. "Signore Re Amais Euripedes (Lord King Amais Euripedes)."

Dia bangun daripada menunduk kepadaku. Aku duduk atas kerusiku sebelum menyilakan dia untuk duduk. Pengiringnya berdiri di sebelahnya, seperti mana Nicandrus berdiri di sebelahku.

Seorang pelayan istana membawakan kami teh dan kek brownies untuk santapan. Jeda masih menyelubungi kami. Aku berasa kekok yang amat tatkala ini.

Sesaat, dua saat, sebelum Amais membuat keputusan untuk membuka kata dahulu. Dia membetulkan tekaknya.

"Patik dengar tuanku sudah sedar daripada koma, disebabkan itu patik ke mari untuk melihat dan menanya khabar tuanku." katanya kepadaku. 

Kalau tak silap telingaku, boleh kedengaran suaranya bersalut prihatin. Prihatinkah dia kepadaku sedangkan dia adalah antara orang yang paling licik? Aku hanya menatapnya lama sebelum kedengaran suara deheman daripada Nicandrus yang berdiri di sebelah. Terus tersedar aku daripada berterusan menatap Amais.

Aku kulum senyum kecil dan kekok kepada Lord King Amais. Mata hitamnya merenung tajam, menikam mataku.

"Grazie, Signore Re Amais (Thank you, Lord King Amais). Beta sangatlah terharu apabila tuanku sendiri ambil berat tentang beta." Kataku kepadanya yang masih bersenang menatapku.

Bibirnya mengulum senyum senget. Aku terpaku melihat senyum itu untuk beberapa saat sebelum aku kembali tersedar. Fuh, nasib aku masih boleh kawal diri bila tengok senyuman dia.

Dia kacak, sangat kacak. Aku tidak tipu jikalau aku katakan yang jantung aku laju berdegup. Serupa tengok crush! 

Mengalahkan ketampanan Nicandrus yang memang terkenal di dalam dunia buku ini sebagai teruna idaman anak dara Aureim. 

Seolah-olah tahu yang aku sedang memikirkannya, Nicandrus menjeling aku sekilas. Sebuah senyuman senget diberikan kepada aku. Huh! Tahu-tahu je dia itu!

"Sama-sama, tuanku High Queen. Bukan itu sahaja patik datang ke sini, tetapi ada satu perkara lagi yang patik mahu hadapkan kepada tuanku."

Kata-katanya membuatkan aku berkerut dahi. Ha sudah, perkara apa yang dia nak hadapkan ke aku ini? Janganlah yang bukan-bukan, please! Knowing how cunning he is, I know he has something up in his sleeves!

Amais berdehem sekali. Dia masih memandang aku sebelum dia mendekatkan sedikit tubuhnya ke hadapan, membuatkan badan aku sedikit keterbelakang walaupun dia masih duduk jauh daripadaku. Takut! 

Dia tersenyum sinis melihatkan reaksi aku, membuatkan pipi aku merona kepanasan. Tanpa membuang masa lagi, dia membuka mulutnya.

"Patik nak usulkan pertunangan antara dua kerajaan kita,"

Dan kata-kata itu membuatkan aku terkejut besar. Bukan aku sahaja, malah Nicandrus juga. 

Melihatkan aku yang terkelu seribu bahasa, Amais menyambung perkataannya. "Batalkan pertunangan tuanku dengan Putera Mahkota Lucius dan terima usulan patik."


Muka surat 152 Kisah Kejahatan:

Putera Mahkota Lucius tidak pernah sesekali pun menyukai atau mencintai Maeve. Dia terpaksa untuk bertunang dengannya akibat desakkan dan ugutan oleh Si High Queen yang kejam itu.

Fikirannya berserabut. Dia seperti curang terhadap Lyssandra, tapi apa yang dia dapat lakukan? Kalau dia tak menerima pertunangan ini, pasti Lyssandra akan dibunuh dan dia tidak sanggup membayangkan Lyssandra mati kerananya.

Jadi, dia akan cuba bertahan dan memaksa dirinya tersenyum selama pertunangannya dengan High Queen Maeve itu. Berkahwin? Akan dia cari cara untuk tidak berkahwin dengan Maeve!

Dari kejauhan di dalam gelap malam, Lord King Amais melihat keserabutan yang dihadapi Putera Mahkota itu. Senyuman sinis lagi mengejek dilemparkan olehnya kepada si putera. Satu rancangan mula terukir di dalam benak mindanya. Yang pasti, rancangannya licik.















*****

Disclaimer awal-awal: Cerita ni I got inspired from Servant of Evil nyanyian Kagamine Len. Dah lama nak tulis cerita macam ni. And no worries, tak sama sangat pun. Tajuk je sama dengan chronicles Story of Evil, tapi lain. Lastly, pardon my tatabahasa. Dah lama tak tulis in Malay make the tatabahasa sucks af. Sebelum ni, this story guna Bahasa Inggeris tapi tukar ke BM. Thank you hehe—

(p/s: Hikayat lama zaman 2018, tapi diubah semula. Also, please don't copy my work. Thanks)

Yang benar,

Feyssa


No comments:

Post a Comment

To read more tales...